Monday, April 28, 2014

AWAS! CYBER-BULLYING MEMANG WUJUD!

Apakah cyberbullying , sebenarnya?

"Cyberbullying" adalah apabila seorang kanak-kanak atau remaja diseksa, diugut, diganggu, dihina atau dimalukan  oleh kanak-kanak atau remaja menggunakan Internet, teknologi interaktif dan digital atau telefon bimbit.

Remaja telah membunuh antara satu sama lain dan membunuh diri setelah terlibat dalam kejadian cyberbullying .

Cyberbullying dapat menjadi semudah sahaja dengan mengirim email kepada seorang yang mereka berkata telah mereka tidak mahu hubungan lanjut dengan pengirim, tetapi ia mungkin juga termasuk ancaman, ulasan seksual, kelabelan pejoratif (iaitu ucapan benci), berpakat terhadap mangsa dengan membuat mereka taklukan penghinaan dalam forum, dan mengirimkan kenyataan palsu dan apabila fakta ditujukan pada penghinaan.

Cyberbullying adalah mendedahkan data peribadi mangsa (contohnya nama sebenar, alamat, atau tempat kerja/sekolah) di laman web atau forum atau dapat menyamar sebagai pengenalan mangsa untuk tujuan menerbitkan bahan dalam nama mereka yang menfitnah atau memalukan mereka. Sesetengah pembuli siber dapat juga mengirim email yang mengancam dan mengganggu berterusan dan mesej segera pada para mangsa, sementara yang lain mengirimkan khabar angin atau umpatan dan menghasut lain untuk tidak menyukai dan berkomplot terhadap sasaran.

Cuba ikuti video di bawah di mana remaja ini, Amanda Todd telah membunuh diri ikutan daripada cyber-bullying.






HARAP MAKLUM, SELAMATKAN ANAK-ANAK KITA!

Kanak-kanak juga tidak terkecuali daripada kes penderaan. Mereka adalah insan yang tidak bersalah dan mempunyai nilai yang tinggi. Kes penderaan seksual kanak-kanak adalah salah satu masalah sosial yang berleluasa pada masa sekarang. Oleh yang demikian, adalah penting bagi kita untuk memberikan mereka maklumat dan pengetahuan yang tepat dan mengajar mereka cara-cara untuk melindungi diri mereka. Jadi, pastikan adik-adik kita yang comel itu tahu sedikit sebanyak tentang perkara di bawah :

  • Sila ajar anak-anak anda nama betul bahagian-bahagain sulit pada tubuh mereka
  • Sila ajar anak-anak anda bahawa tiada siapa pun berhak untuk menyentuh tubuh mereka tanpa kebenaran
  • Sila ajar anak-anak anda untuk berkata 'Tidak' jika mereka berada dalam keadaan yang tidak selesa
  • Sila beritahu anak-anak anda bahawa mereka perlu meminta kebenaran anda sebelum meninggalkan kediaman serta memaklumkan kepada anda tentang rancangan perjalanan, hala tuju mereka, dan dengan siapa mereka berjalan kepada anda 
  • Menggalakkan anak-anak anda memberitahu sebarang tingkah laku dan perihal luar biasa
  • Sila ajar anak-anak anda supaya tidsak membuka pintu dengan mudah kepada orang yang tidak dikenali walaupun orang yang tidak dikenali itu mendakwa mengenali anda
  • Berbincang dengan anak-anak anda secara terbuka mengenai isu penderaan seksual dan bagaimana mengatasi dan melindungi diri dari masalah ini
  • Sila beri tumpuan dan perhatian terhadap kata-kata mereka           
Ingat, jangan lupa untuk beritahu perkara di atas kepada adik-adik anda. Bertindak sebelum terlambat! 




Sunday, April 27, 2014

'TIDAK BERERTI TIDAK!'

Apabila seseorang itu dipaksa untuk melakukan hubungan seks, ia dipanggil rogol. Apa? Rogol? Ya, rogol merupakan jenayah yang kejam. Kebanyakan kes rogol yang berlaku boleh dicegah. Ini adalah kerana sebahagian besar mangsa rogol berusia 16 tahun ke bawah ( agak menghilukan ) dan mempunyai pertalian saudara ataupun merupakan rakan kepada perogol itu sendiri. Jadi, kakak-kakak, mak cik-mak cik, adik-adik di luar sana, jangan lupa baca langkah berjaga-jaga di bawah ini untuk mengelak daripada menjadi salah seorang mangsa rogol (Kaum Adam pun boleh baca dan sebarkan maklmat ini kepada saudara perempuan anda ) :


  • Sebagai ibu-bapa, ambil tahu di mana anak anda berada
  • Jika keluar berseorangan,pastikan rancangan perjalanan anda dan bersama siapa anda berada diketahui oleh ibubapa dan rakan anda
  • Berhati-hati dengan persekitaran terutamanya di kawasan gelap dan sunyi
  • Tunjukkan keyakinan diri semasa berjalan
  • Jangan berjalan berseorangan terutamanya di waktu malam
  • Jika anda menggunakan pengangkutan awam, pastikan anda duduk bersama penumpang wanita juga
  • Ketika berada di kawasan awam, berwaspada terhadap orang yang tidak dikenali
  • Berhati-hati dan pastikan anda telah bersiap sedia dengan kunci semasda berjalan menghala ke kenderaan anda sama ada di kawasan letak kenderaan berbumbung ataupun di luar
  • Letak kenderaan di kawasan yang terang dan minta pegawai keselamatan untuk mengiringi anda ke kenderaan anda jika berasa tidak selamat
  • Gunakan lif bersama-sama dengan orang ramai dan elakkan menaiki lif secara berseorangan dengan orang yang tidak dikenali 
Banyak juga tips di atas untuk diingati tetapi ingatlah, satu langkah sudah cukup untuk menyelamatkan maruah malah nyawa anda ! 









ADAKAH RUMAH SAYA SELAMAT?

Adakah rumah anda pernah disamun atau dipecah masuk? Adakah anda terfikir punca ia berlaku? Jenayah pecah rumah dan samun sering dikaitkan dengan keselamatan rumah. Oleh kerana kes pecah rumah dan samun boleh juga berpunca daripada kecuaian kita sendiri, adalah penting unuk kita mengambil langkah berjaga-jaga bagi menangani fenomena ini. Jikalau anda tidak mahu rumah kesayangan anda dipecah masuk, jom baca beberapa tips di bawah ini :


  • Kunci semua pintu dan tingkap 
  • Kunci pintu setiap kali anda keluar masuk walaupun untuk jangka masa sekejap
  • Nyalakan lampu di sekitar kediaman anda termasuk di pintu masuk
  • Potong daun-daun dan semak bagi tujuan penglihatan yang lebih jelas di waktu siang dan malam (rumah pun nampak kemas dan cantik kan?)
  • Jangan letakkan kunci anda di bawh tikar pintu atau di celah pasu bunga
  • Memasang sistem kawalan keselamatan kediaman (bagi yang mampu...)
  • Simpan semua peralatan berkebun, tangga dan peralatan tajam yang boleh digunakan sebagai senjata
  • Gunakan alat kawalan lampu automatik bagi tujuan memasang dan menutup lampu


Kadang-kadang, kita sendiri yang membuka jalan untuk mereka meyamun dan memecah masuk rumah kita. Jadi, jangan lupa tips-tips di atas!