Monday, April 28, 2014

HARAP MAKLUM, SELAMATKAN ANAK-ANAK KITA!

Kanak-kanak juga tidak terkecuali daripada kes penderaan. Mereka adalah insan yang tidak bersalah dan mempunyai nilai yang tinggi. Kes penderaan seksual kanak-kanak adalah salah satu masalah sosial yang berleluasa pada masa sekarang. Oleh yang demikian, adalah penting bagi kita untuk memberikan mereka maklumat dan pengetahuan yang tepat dan mengajar mereka cara-cara untuk melindungi diri mereka. Jadi, pastikan adik-adik kita yang comel itu tahu sedikit sebanyak tentang perkara di bawah :

  • Sila ajar anak-anak anda nama betul bahagian-bahagain sulit pada tubuh mereka
  • Sila ajar anak-anak anda bahawa tiada siapa pun berhak untuk menyentuh tubuh mereka tanpa kebenaran
  • Sila ajar anak-anak anda untuk berkata 'Tidak' jika mereka berada dalam keadaan yang tidak selesa
  • Sila beritahu anak-anak anda bahawa mereka perlu meminta kebenaran anda sebelum meninggalkan kediaman serta memaklumkan kepada anda tentang rancangan perjalanan, hala tuju mereka, dan dengan siapa mereka berjalan kepada anda 
  • Menggalakkan anak-anak anda memberitahu sebarang tingkah laku dan perihal luar biasa
  • Sila ajar anak-anak anda supaya tidsak membuka pintu dengan mudah kepada orang yang tidak dikenali walaupun orang yang tidak dikenali itu mendakwa mengenali anda
  • Berbincang dengan anak-anak anda secara terbuka mengenai isu penderaan seksual dan bagaimana mengatasi dan melindungi diri dari masalah ini
  • Sila beri tumpuan dan perhatian terhadap kata-kata mereka           
Ingat, jangan lupa untuk beritahu perkara di atas kepada adik-adik anda. Bertindak sebelum terlambat! 




No comments:

Post a Comment