- Sebagai ibu-bapa, ambil tahu di mana anak anda berada
- Jika keluar berseorangan,pastikan rancangan perjalanan anda dan bersama siapa anda berada diketahui oleh ibubapa dan rakan anda
- Berhati-hati dengan persekitaran terutamanya di kawasan gelap dan sunyi
- Tunjukkan keyakinan diri semasa berjalan
- Jangan berjalan berseorangan terutamanya di waktu malam
- Jika anda menggunakan pengangkutan awam, pastikan anda duduk bersama penumpang wanita juga
- Ketika berada di kawasan awam, berwaspada terhadap orang yang tidak dikenali
- Berhati-hati dan pastikan anda telah bersiap sedia dengan kunci semasda berjalan menghala ke kenderaan anda sama ada di kawasan letak kenderaan berbumbung ataupun di luar
- Letak kenderaan di kawasan yang terang dan minta pegawai keselamatan untuk mengiringi anda ke kenderaan anda jika berasa tidak selamat
- Gunakan lif bersama-sama dengan orang ramai dan elakkan menaiki lif secara berseorangan dengan orang yang tidak dikenali
Banyak juga tips di atas untuk diingati tetapi ingatlah, satu langkah sudah cukup untuk menyelamatkan maruah malah nyawa anda !
No comments:
Post a Comment