Blog ini ditubuhkan oleh pelajar tahun akhir program berkembar B.Ed TESL di antara Malaysia dengan Universiti di United Kingdom IPGKKB-Marjon 2, Shantasareera Subramanian dan Nur Afiza Ismail, untuk Kelab Pencegahan Jenayah SMK Zainab 1 bagi tujuan menyokong program pencegahan jenayah peringkat sekolah menengah oleh PDRM. Blog ini adalah susulan daripada bengkel KPJ yang telah diadakan dari 28 April 2014 hingga 30 April bertempat di IPGKKB.
Jenayah sosial merupakan salah satu cabaran yang dihadapi oleh sekolah-sekolah di Malaysia terutamanya di sekolah menengah.Oleh kerana ini, Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama PDRM telah mewajibkan semua sekolah rendah dan sekolah menengah di Malaysia untuk menubuhkan Kelab Pencegahan Jenayah di sekolah masing-masing. Berikutan kes jenayah yang semakin meningkat dalam kalangan remaja mala kanak-kanak, usaha-usaha kesedaran seperti penubuhan blog and penyediaan papan notis telah dilaksanakan baru-baru ini.
Blog ini boleh digunakan oleh pelajar-pelajar SMK Zainab 1 untuk menyuarakan pendapat, masalah atau apa-apa yang berkaitan dengan jenayah yang boleh sama-sama membantu untuk MENCEGAH JENAYAH!
No comments:
Post a Comment